Home Dunia Juruterbang merapu dikeluarkan daripada pesawat

Juruterbang merapu dikeluarkan daripada pesawat

Rakaman jurutebang United Airlines sedang bercakap melalui interkom sebelum dibawa keluar. Foto Youtube

TEXAS – Seorang juruterbang United Airlines diarah keluar dalam penerbangan dari San Francisco Sabtu lalu didapati tidak stabil.

Beliau yang  menggunakan sistem interkom pesawat didakwa bercakap perceraiannya dan pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Beliau yang tiba lewat dalam pesawat yang dalam penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Austin- Bergstorm memakai pakaian biasa dan memaklumkan kepada penumpang menerusi interkom, “Maaf saya lewat. Sebab saya lewat kerana saya bercerai”.

Juruterbang yang didakwa terus merapu, menyebabkan ramai penumpang kurang senang.

Seorang penumpang, Randy Reiss berkata: “Daripada suka jadi menakutkan”.

Saksi lain berkata, juruterbang itu turut mengulas mengenai pilihan raya presiden.

“Tengok, saya tidak kisah jika anda undi Trump atau Clinton,” katanya sambil memberitahu akan membenarkan pesawat itu diterbangkan oleh pembantunya dan menawarkan penumpang peluang mendaratkan pesawat berkenaan.

“Saya akan berhenti dan kita akan terbangkan pesawat. Jangan bimbang. Saya akan benarkan pembantu saya  menerbangkan pesawat ini. Dia seorang lelaki.

“Okay, jika anda tidak berasa selamat, anda boleh keluar dari  kapal terbang. Tetapi jika tidak, kita boleh berlepas,” katanya sambil ketawa.

Jurucakap United Airlines mengesahkan telah mengarahkan juruterbang itu keluar dan individu lain menggantikan sebelum meneruskan penerbangan ke San Francisco. – MalaysiaGazette