KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu jarak sederhana yang dilakukan Korea Utara semalam.

Kementerian Luar menyifatkan pelancaran peluru berpandu tersebut sebagai pencabulan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Malaysia amat kesal dengan insiden ini yang menggugat keamanan dan keselamatan global.

“Tindakan DPRK ini hanya akan meningkatkan ketegangan serantau dan menghalang pewujudan keamanan berkekalan di Semenanjung Korea dan dunia secara amnya,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Malaysia meminta Korea Utara menghentikan pelancaran peluru berpandu selepas ini dan mematuhi resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – MalaysiaGazette