Home Ekonomi Rundingan IPIC, 1MDB untuk dapatkan semula AS$6.5b buntu

Rundingan IPIC, 1MDB untuk dapatkan semula AS$6.5b buntu

ABU DHABI – Rundingan yang dijalankan oleh International Petroleum Investment Co (IPIC) untuk mendapatkan semula sejumlah AS$6.5 bilion (RM28.92 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi buntu, menurut sumber yang tahu tentang rundingan tersebut.

IPIC membawa kes itu di Mahkamah Antarabangsa Arbitrasi London (LCIA) pada Jun tahun lalu tetapi kedua-dua syarikat pelaburan tersebut telah cuba untuk membincangkan penyelesaian sejak itu, kata sumber.

Bagaimana, kedua-duanya telah gagal untuk merapatkan perbezaan mereka dan kini akan menyerahkan perkara itu kepada LCIA, kata sumber-sumber yang enggan namanya disiarkan.

Mahkamah mungkin akan mengambil 15 hingga 18 bulan untuk mencapai keputusan, satu sumber berkata, dan kelewatan menyelesaikan pertikaian itu memalukan untuk kedua-dua pihak.

“Penyelesaian secara sendiri semakin buntu. Mereka tidak bersetuju pada satu atau dua isu besar. Biarlah  mahkamah yang membuat keputusan,” kata sumber yang rapat dengan rundingan itu, tetapi tidak menolak masih ada peluang untuk penyelesaian luar mahkamah.

Satu sumber berpangkalan di Abu Dhabi berkata: “Penyelesaian terbaik adalah penyelesaian di luar mahkamah, tetapi itu seolah-olah tidak mungkin,”.

Pada Disember lalu, IPIC mencadangkan supaya 1MDB membayar sejumlah AS$1.2 bilion untuk mencapai penyelesaian akhir tetapi pihak Malaysia telah menolak, kata sumber.

Jurucakap IPIC dan 1MDB menolak untuk mengulas mengenai perkara ini.

Kes ini juga berpotensi memalukan Abu Dhabi, yang secara tradisinya berahsia tentang pelaburannya.

Pada Julai tahun lalu, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang yang mahu merampas AS$1 bilion dalam aset yang dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB, termasuk hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan dan jet peribadi.

Bekas eksekutif kumpulan IPIC, Khadem al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy al-Husseiny telah dinamakan dalam tindakan undang-undang Amerika Syarikat. Al-Qubaisi dan al-Husseiny tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Malaysia dan United Arab Emirates mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dan firma Abu Dhabi merupakan pelabur dalam hartanah, bank dan infrastruktur di Malaysia.

Pada bulan Jun 2015, IPIC bersetuju untuk memberi pinjaman AS$1 bilion kepada 1MDB dan menganggap pembayaran kupon ke atas AS$3.5 bilion hutang 1MDB.

Ia juga bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah hutang 1MDB sebagai pertukaran untuk aset yang tidak dikenal pasti.

Kerjasama itu dibongkar tahun lalu, apabila IPIC mendedahkan 1MDB gagal membayar pinjaman dan firma Malaysia gagal membuat bayaran faedah untuk dua bon yang telah dijamin IPIC.

Di tengah-tengah pertikaian itu  timbul jumlah wang yang perlu dibayar 1MDB kepada IPIC, kata sumber, firma Malaysia itu menegaskan ia telah membayar AS$ 3.5 bilion kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments.

IPIC bagaimanapun mendakwa wang sejumlah AS$3.5 bilion telah masuk dalam akaun syarikat British Virgin Islands- yang didaftarkan dengan nama yang hampir sama, Aabar Investments PJS Ltd, tetapi bukan sebahagian daripada Kumpulan IPIC. – MalaysiaGazette