Gambar hiasan

SEOUL – Mahkamah Korea Selatan mengisytiharkan Hanjin Shipping muflis selepas nilai pembubaran firma itu melebihi nilai entiti tersebut.

Hanjin Shipping adalah syarikat perkapalan ketujuh terbesar di dunia memohon penerimaan bankrap mahkamah pada akhir bulan Ogos selepas bank pemiutang menghentikan sokongan.

Kira-kira dua pertiga daripada kapal kargonya kini terdampar di laut, manakala beberapa kapalnya telah disita di pelbagai pelabuhan di seluruh dunia, termasuk di Singapura.

Krisis kewangan Hanjin Shipping menjejaskan industri perkapalan antarabangsa.

Mahkamah Daerah Seoul Tengah dalam satu kenyataan berkata,  ia telah memilih pentadbir kebankrapan dan tuntutan oleh pemiutang pada 1 Mei, 2017.

Mesyuarat pertama pemiutang akan diadakan pada 1 Jun, 2017.

“Mahkamah akan melalui proses kebankrapan itu, berusaha untuk supaya pembayaran balik hutang akan dijalankan dengan cara yang adil dan seimbang kepada pemiutang,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, mahkamah memutuskan ia telah mengambil keputusan untuk menamatkan proses penerimaan kebankrapan. – MalaysiaGazette