Zon Penampan Tentera, sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan. foto Agensi

SEOUL – Korea Selatan akan mengumumkan berita kematian Kim Jong Nam yang merupakan abang tiri pemimpi Korea Utara, Kim Jong Un melalui pembesar suara di sempadan negara itu jika bedah siasat mendapati mangsa diracun.

Menurut agensi berita Yonhap, seorang Ketua Turus Tentera (JCS) berkata: “Jika punca kematian abang tiri (Kim Jong Un) diumum secara rasmi oleh (kerajaan Malaysia) kami mungkin mengkaji untuk menyampaikan berita kepada tentera dan rakyat Korea Utara dekat sempadan menerusi pembesar suara,”.

Tentera Korea Selatan juga telah memperkukuhkan perkongsian perisikan dan meningkatkan pengintipan dan keupayaan pertahanan sejak pembunuhan itu, tambah JCS itu.

Korea Selatan memulakan pengumuman menerusi pembesar suara di sempadan pada Ogos 2015 apabila tenteranya kudung disebabkan terkena periuk api yang ditanam di Zon Bebas Tentera (DMZ). Ketika itu, Korea Utara mengancam untuk menyerang Korea Selatan. – Daily Mail