Home Nasional Henti salahkan orang lain – Raja Zarith Sofiah

Henti salahkan orang lain – Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR – Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah meminta semua pihak berhenti menyalahkan orang lain berhubung nahas penunggang basikal yang mengakibatkan lapan orang remaja terbunuh.

Sebaliknya, Raja Zarith Sofiah mahu orang ramai bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mencari jalan penyelesaian.

“Kata-kata yang melukakan perasaan atau penuh kemarahan tidak akan menghidupkan dan membawa mereka kembali,” kata Raja Zarith Sofiah melalui laman Facebook beliau.

Nahas itu berlaku pada awal pagi Sabtu lalu apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja yang sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

Dalam tragedi itu enam dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah.

Pemandu kereta berkenaan yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis. – MalaysiaGazette