Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bercakap pada sidang media mengenai isu pembunuhan Kim Jong Nam, turut serta adalah Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR.

JAKARTA – Tiga daripada empat lelaki Korea Utara yang dikehendaki berkaitan dengan pembunuhan Kim Jong-nam mengambil penerbangan dari Jakarta ke Dubai pada malam kejadian itu.

Mereka ialah Ri Jae Nam, Hong Song Hac dan Ri Ji Hyon.

Jurucakap imigresen, Agung Sampurno berkata, ketiga-tiga lelaki itu terbang dari Jakarta ke Dubai menggunakan pesawat Emirates EK0359 pada 10.20 malam waktu tempatan Isnin lalu.

Bagaimanapun, butir-butir suspek adalah tidak jelas.

Polis Malaysia berkata, keempat-empat lelaki itu telah meninggalkan Malaysia selepas kejadian di klia2 tetapi tidak mendedahkan destinasi mereka.

Bagaimanapun, The Star melaporkan empat lelaki itu ke Pyongyang melalui Jakarta, Dubai dan Vladivostok di Rusia. – MalaysiaGazette