Home Ekonomi Badlisham terima Anugerah Kecemerlangan Pemimpin

Badlisham terima Anugerah Kecemerlangan Pemimpin

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali menerima Anugerah Kecemerlangan Pemimpin dalam Pengurusan Lapangan Terbang.

Anugerah itu mengiktiraf kepimpinan dan usaha beliau mengekalkan pertumbuhan MAHB.

Badlisham menerima anugerah tersebut pada majlis Anugerah Pemimpin Perniagaan Timur Tengah (MEBLA) Ke-7 di London pada Sabtu lalu anjuran Persatuan Pembangunan Kepimpinan Amerika, majalah The Leaders International Magazine bersama Dewan Persekutuan Majlis Kerjasama Teluk.

Badlisham yang mengulas kemenangan itu menyifatkan anugerah tersebut pengiktirafan kepada lebih 10,000 kakitangan MAHB yang menjadikan setiap misi dan visi syarikat itu satu kenyataan. – MalaysiaGazette