AirAsia
AirAsia

KUALA LUMPUR- Penjualan anak syarikat AirAsia Bhd.yang terlibat di dalam pemajakan pesawat, Asia Aviation Capital Ltd. (AAC) akan selesai tidak lama lagi dan dividen khas akan diumumkan tahun ini.

CIMB Research dalam nota penyelidikannya berkata, bidaan akhir AAC akan tamat pada 27 Mac diikuti tempoh pernilaian yang akan memakan masa selama empat sehingga enam minggu sebelum AirAsia memilih pembelinya.

Satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) perlu diadakan semasa suku kedua 2017 dan dijangka penjualan AAC akan dimuktamadkan dalam tahun kewangan 2017.

“Kami merasakan AAC boleh dinilai setinggi AS$1.2 bilion yang mana AirAsia akan menjual pegangannya sebanyak 70 peratus.

“Sekiranya kesemua hasil diagihkan, ia akan membolehkan AirAsia membayar dividen khas sebanyak RM1.12 sen sesaham berdasarkan kadar tukaran asing RM4.45,” kata CIMB.- MalaysiaGazette