Kumpulan Headwind, (dari kiri) Razak (Drummer), Nicky (Bassis), Zainal Abidin (Penyanyi), Zulkif (Gitaris) dan Kudin (Keyboard) pada Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin sempena ulang tahun ke 35 Kumpulan Headwind di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Nama Zainal Abidin dan kumpulan Headwind tidak boleh dipisahkan.

Walaupun hanya bergabung dalam tempoh 10 tahun sebelum Zainal membawa arah menjadi penyanyi solo pada tahun 1989, kedua-duanya masih dianggap legenda.

Kalau ada yang beranggapan nama Headwind sudah dilupakan, Konsert The Musical Journey Of Zainal Abidin – 35th Anniversary Concert Featuring Headwind malam tadi menceritakan segala-galanya.

Penonton yang hampir penuh dalam Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membuktikan peminat Headwind masih mengagumi mereka.

Kala industri muzik negara dilanda ledakan luar biasa penyanyi remaja, Headwind melenyapkan fenomena itu.

Malah walaupun pada malam yang sama, diva popular seberang, Krisdayanti juga beraksi di Istana Budaya, Kuala Lumpur namun peminat Headwind langsung tidak ‘goyang’.

Malah rata-rata peminat yang hadir berusia 40 tahun ke atas dan daripada gaya penampilan, mereka bukan calang-calang orang. Ada juga yang datang jauh dari Singapura dan Brunei.

Penyanyi, Zainal Abidin bersama anggota Kumpulan Headwind, Gitaris, Zulkif (kanan) dan Bassis, Nicky (kiri) membuat persembahan pada Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin sempena ulang tahun ke 35 Kumpulan Headwind di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017
Penyanyi, Zainal Abidin bersama anggota Kumpulan Headwind, pemain gitar utama, Zulkif (kanan) dan pemain gitar bas, Nicky (kiri) membuat persembahan pada Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin sempena ulang tahun ke 35 Kumpulan Headwind di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

Kehadiran mereka menjadi simbol keunggulan Headiwind sejak muncul di persada seni pada tahun 1970an.

KLCC juga menjadi saksi sokongan tidak berbelah bahagi para selebriti untuk kumpulan muzik yang turut dianggotai oleh  Zulkifli Kasim, Nicky Oii, Kudin dan Abdul Razak Salleh.

Mereka sanggup melayan celoteh Zainal yang bergelar Datuk bukan sahaja sebagai penghibur malah seorang pelawak hampir empat jam.

Kemunculan kumpulan rock popular era 1980-an pada pukul 9 malam itu berjaya ‘menghangatkan’ kedinginan malam dengan himpunan lebih 20 buah lagu yang dinyanyikan oleh Zainal dengan suara serak rocknya bagaikan mengubati rindu kepada penonton.

Semuanya bersatu mengikut irama lagu-lagu yang disampaikan. Penonton ‘hanyut’ dalam lagu seperti Suraya, Hanya Di Radio, Pelangi, Mungkin, Cinta Si Camar Putih dan Memori Luka.

Bila muncul lagu-lagu solo Zainal seperti Puteri, Hijau, Orak Arik, Inayah, Telaga dan Manis, penonton rancak bertepuk tangan dan bersorak riang.

Gandingan Gitaris & Bassing Kumpulan Headwind, Zulkif (dua dari kiri) & Nicky (kiri) dimantapkan lagi dengan kehadiran gitaris undangan, Sham Kamikaze (dua dari kanan) pada Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin sempena ulang tahun ke 35 Kumpulan Headwind di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017
Gandingan pemain gitar utama dan gitar bass Kumpulan Headwind, Zulkif (dua dari kiri) & Nicky (kiri) dimantapkan lagi dengan kehadiran gitaris undangan, Sham Kamikaze (dua dari kanan) pada Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin sempena ulang tahun ke 35 Kumpulan Headwind di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

 

Namun suasana menjadi sayu apabila Zainal tidak dapat menahan sebak dan tidak mampu menghabiskan lagu Kau Di Hatiku yang ditujukan sebagai penghargaan kepada Allahyarham Tan Sri SM Salim.

Penutup konsert, yang ditunggu-tunggu, lagu Ikhlas Tapi Jauh menjadi pelengkap konsert yang sempurna.

Zainal turut menjemput artis yang hadir seperti Adibah Noor, Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal serta Datuk Ramli MS bermain arkodian.

Apa pun, Headwind wajar ditabal sebagai kumpulan yang masih berpengaruh di Malaysia berdasarkan hampir keseluruhan persembahan mereka diiringi oleh nyanyian penonton walaupun usia kumpulan itu sudah 35 tahun.

Harga tiket RM158 hingga RM958 yang dikenakan  menggambarkan standard kumpulan itu.

Kumpulan muzik tempatan yang dianggap lagenda perlu diletakkan pada kedudukan yang setarafnya. Jenama tempatan tidak wajar dilabel sebagai produk murah.

Zainal da Headwind berhak mengenakan harga tiket yang berbaloi dan mereka telah membuktikan kemampuan mereka di atas pentas. – MalaysiaGazette

Kumpulan Headwind pada Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin sempena ulang tahun ke 35 Kumpulan Headwind di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017
Kumpulan Headwind pada Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin sempena ulang tahun ke 35 Kumpulan Headwind di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017