Hosni didapati bersalah pada Jun 2012 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah dibersihkan daripada pertuduhan membunuh penunjuk perasaan ketika pemberontakan pada tahun 2011, membawa kepada satu pengakhiran kes politik yang berlarutan hampir enam tahun.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan Mesir adalah muktamad, tiada ruang bagi sesuatu rayuan atau perbicaraan semula terhadap bekas diktator yang berusia 88 tahun itu.

Keputusan mahkamah telah menyebabkan ramai rakyat kecewa terutamanya dalam kalangan belia yang berkhemah di Dataran Tahrir, Kaherah pada tahun 2011 untuk menggulingkan Hosni.

Kira-kira 800 orang telah dibunuh oleh pasukan keselamatan Mesir semasa revolusi 2011.

Pada bulan Ogos tahun tersebut, Mubarak pertama kali muncul di mahkamah untuk dibicarakan kerana telah bersubahat kematian mereka.

Dia didapati bersalah pada bulan Jun 2012 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Tetapi enam bulan kemudian hukuman itu dibatalkan dan pada tahun 2014 semua caj digugurkan kerana masalah teknikal undang-undang.

Keputusan mahkamah semalam mengekalkan keputusan pada tahun 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast