Alexis Sanchez

LONDON – Bintang Arsenal, Alexis Sanchez telah membuat keputusan untuk meninggalkan Arsenal di penghujung musim ini.

Laporan di England memberitahu pemain berusia 28 tahun yang beraksi cemerlang bersama the Gunners musim ini kecewa dengan prestasi semasa pasukan kendalian Arsene Wenger.

Arsenal gagal peringkat liga domestik dan pentas Eropah.

Keadaan itu dikatakan memaksa Sanchez mengubah fikiran dan sedia meninggalkan Arsenal.

Pemain antarabangsa Chile itu dilaporkan memilih Sevilla sebagai destinasi seterusnya dan bersedia untuk menyertai kelab Sepanyol itu pada akhir kempen 2016/2017.

Bintang Chile itu dipercayai mahu menyertai semula bekas Pengurus Chile, Jorge Sampaoli di stadium Ramon Sanchez Pizjuan selepas musim ini. – MalaysiaGazette