Daniel Sturridge dikhabarkan kuat akan menyertai AC Milan dipenghujung musim EPL ini. Foto: Reuters

ENGLAND –¬†Gergasi bola sepak Itali, sedia menyelamatkan penyerang Liverpool, Daniel Sturridge dari Anfield.

Prestasi Sturridge merosot musim ini di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Kini laporan terbaharu di England berkata, Sturridge bersedia untuk meninggalkan the Reds dan menyertai AC Milan di akhir musim ini.

Sturridge kini bukan lagi pemain pilihan pertama Klopp dan Roberto Firmino mengisi posisi serangan pasukan itu.

Klopp juga mengutamakan Divock Origi sejak kebelakangan ini berbanding Sturridge.

Suatu masa dahulu, Sturridge memainkan peranan penting di jentera serangan Liverpool namun beberapa siri kecederaan telah merumitkan keadaannya.

AC Milan sedang dalam proses pengambilalihan oleh sebuah syarikat konsortium terkaya dari China pada akhir musim ini.

Rentetan daripada perkembangan itu, Milan kini dikaitkan dengan beberapa pemain termasuk bintang Chelsea, Cesc Fabregas.

Sturridge berkemungkinan menyertai AC Milan sekiranya Klopp mengisytiharkan pemain antarabangsa England itu bukan lagi pilihannya. – MalaysiaGazette