Home Dunia Lelaki ditangkap selepas majlis perkahwinan

Lelaki ditangkap selepas majlis perkahwinan

BEIJING – Polis di barat daya China sabar menunggu sehingga majlis perkahwinan seorang lelaki dengan tunangnya selesai sebelum menahannya kerana mencuri lebih 20 telefon bimbit.

Wang Cheng, dari Heishui di daerah Aba, telah diberikan 140,000 yuan (RM90,426) oleh bapanya untuk majlis perkahwinannya.

Sebaliknya, beliau menghabiskan wang itu dalam tempoh kurang dari sebulan untuk berjalan ke wilayah Qinghai dan Gansu.

Wang yang dijadualkan berkahwinan selepas Tahun Baru Cina tetapi selepas duit telah dihabiskan, lelaki itu terpaksa mencari kerja di negeri Maerkang.

Apabila gagal mencari kerja, Wang memutuskan untuk mencuri telefon bimbit daripada sebuah kedai.

Wang bertindak menukar kunci kedai sebelum pemiliknya sebelum premis itu ditutup.

Beliau kemudian bertindak membuka kunci kedai selepas itu dan mengambil lebih 20 telefon pintar Samsung dan Apple. – MalaysiaGazette