Amerika Syarikat bercadang untuk memisahka anak dan ibu yang menjadi pendatang ke negara itu. foto Agensi

WASHINGTON – Kaum wanita dan kanak-kanak yang memasuki Amerika Syarikat secara haram akan dipisahkan di sempadan negara itu dengan Mexico, praturan yang dicadangkan itu sedang dipertimbangkan  oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Alasan cadangan itu bagi mengelakkan ibu-ibu datang ke Amerika Syarikat dengan anak mereka.

Peralihan dasar akan membolehkan kerajaan untuk menahan ibu bapa mereka semasa dalam proses untuk dihantar pulang atau menunggu pendengaran suaka.

Kanak-kanak akan dimasukkan dalam jagaan perlindungan d Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, sehingga mereka boleh diambil untuk penjagaan saudara atau penjagaan ditaja oleh kerajaan.

Pada masa ini, keluarga yang sedang ditahan atau memohon suaka biasanya dibebaskan daripada tahanan dengan cepat dan dibenarkan tinggal di Amerika Syarikat sehingga kes mereka diselesaikan.

Ini kerana keputusan Mahkamah Rayuan Persekutuan menolak penahanan kanak-kanak dala jangka masa yang berpanjangan.

Presiden Donald Trump telah mengarahkan supaya mengakhiri operasi ‘tangkap dan bebas’ yang mana pendatang boleh hidup bebas di negara itu sementara menunggu prosiding undang-undang.

Seorang pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri berkata, pihaknya secara aktif mempertimbangkan untik memisahkan wanita dari anak-anak mereka tetapi belum membuat keputusan.

Kira-kira 54,000 orang kanak-kanak dan penjaga mereka ditahan antara 1 Oktober 2016 dan 31 Januari 2017, lebih daripada dua kali ganda bilangan yang ditangkap dalam tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette