Beratus-ratus pendatang hari merentasi Mexico untuk ke Amerika Syarikat. foto Agensi

MEXICO – Polis Persekutuan Mexico menyelamatkan 31 pendatang Cuba yang telah ditahan di sebuah rumah di bandar peranginan Cancun.

Seramai 22 lelaki dan sembilan wanita tidak mempunyai visa dipercayai ditahan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menuntut wang untuk pembebasan mereka, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Meraka kemudian dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk pemeriksaan perubatan dan telah bersedia untuk dihantar pulang, kata kementerian itu.

Beratus-ratus rakyat Cuba cuba untuk sampai ke Amerika Syarikat terkandas di Mexico dan Amerika Tengah selepas Amerika Syarikat dimansuhkan kemasukan rakyat Cuba ke negara itu sejak Januari lalu. – MalaysiaGazette