Gadis itu dibantu kakitangan pusat beli-belah berkenaan yang membawa pengusung untuk mengangkat mangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan.

KUALA LUMPUR – Seorang gadis terpaksa menanggung kesakitan apabila kulit betisnya terkoyak selepas terjatuh dari eskalator di pusat beli-belah Sunway Pyramid di Bandar Sunway.

Dalam kejadian semalam, gadis yang memakai skirt itu terjatuh di tangga bergerak dan disaksikan pengunjung yang datang untuk membeli belah.

Menerusi gambar yang menjadi viral di laman sosial, gadis tersebut dilihat menahan sakit sambil rakannya cuba mententeramkannya.

Gadis tersebut kemudiannya dibantu kakitangan pusat beli-belah berkenaan yang membawa pengusung untuk mengangkat mangsa untuk dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Sementara itu, pihak pengurusan Sunway Pyramid mengeluarkan kenyataan diFacebook rasminya, memberitahu pihaknya akan menyiasat punca insiden tersebut sehingga mencederakan seorang pengunjung mereka. – MalaysiaGazette

Comments are closed.