Najib Razak

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan menyerahkan mayat lelaki Korea Utara kepada mana-mana pihak selagi identiti identiti mangsa tidak dapat ditentukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, negara perlu menjalankan pemeriksaan DNA untuk mengenal pasti mangsa.

Menurut beliau, ia adalah prosedur biasa dan Malaysia sedang menunggu sampel DNA.

“Seperti yang anda tahu, kami telah menentukan bahan yang digunakan merupakan gas saraf VX, senjata kimia maut yang tersenarai antara senjata pemusnah.

“Jenayah ini telah dilakukan di Malaysia dan kita sedar bahan yang digunakan adalah bahan kimia sangat berbahaya, tidak boleh digunakan sama sekali, kerana jika digunakan dalam kuantiti yang besar, ia akan membawa kepada kematian ramai, bukan hanya satu orang.

“Oleh itu, kita perlu mengambil pendirian serius dan bertekad mendapatkan kebenaran dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku,” kata Najib. – MalaysiaGazette