Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Sebulan selepas beberapa wakil rakyat DAP mengumumkan keluar parti, hari ini sekumpulan ahli parti tu melakukan tindakan serupa sebagai tanda bantahan kepada hala tuju yang didakwa sudah menyimpang.

Memetik laporan portal pembangkang, seramai 182 ahli DAP negeri itu keluar parti atas alasan kecewa dengan pucuk pimpinan, ia tindakan susulan insiden bulan lalu apabila Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain mengumumkan keluar parti.

Antara lain mereka berkata, parti itu menyimpang daripada prinsip “Malaysian Malaysia”, kata bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang.

Selain Chen Kuang, enam bekas anggota jawatankuasa negeri lain yang meletakkan jawatan ialah N Ghandi, Low Chew Lim, Henry Kang, Kenny Tam, Kng Tuan Hock dan Tee Ai Yen.

BACA: Wakil rakyat keluar parti bukti DAP gagal

BACA: DAP Melaka lumpuh, empat wakil rakyat keluar parti

Liou juga mengkritik DAP kerana “menjual maruah Cina” demi meraih undi untuk mendapat kuasa, selain mendakwa gagal menghapuskan rasuah dalaman serta dakwaan campur tangan kepimpinan pusat dalam hal berkaitan DAP negeri.

“Kami memutuskan untuk mengambil keputusan ini selepas sebulan pertimbangan dan berunding dengan penyokong tempatan dan ahli-ahli.

“182 ahli memilih untuk keluar daripada parti kerana DAP telah menyimpang dari perjuangannya,” kata Chen Kuang yang menyertai DAP sejak 18 tahun lalu.

Pengunduran beberapa ahli akar umbi ini merupakan satu lagi tamparan kepada DAP selepas hilang beberapa wakil rakyat di negeri itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.