Gray Eagle

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat menempatkan sistem serangan dron dan kakitangan sokongan di Korea Selatan tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Korea Utara, menurut jurucakap Jabatan Pertahanan.

Penempatan sehingga tahun depan itu bukan luar biasa kepada Korea Selatan.

Tindakan itu dilakukan selepas seminggu Pyongyang melancarkan empat peluru berpandu balistik di Laut Jepun.

“Selepas penyelarasan dengan tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat, kedua-dua negara telah memulakan proses kekal stesen pasukan Gray Eagle Unmanned Aerial Systems di Air Base Kunsan, Korea Selatan,” kata Kapten Jeff Davis, jurucakap tentera laut Pentagon.

Sensor MQ-1C Gray Eagle mampu membawa peluru berpandu Stinger dan Hellfire, selain senjata lain.

Pada kebiasannya, ia memerlukan 128 orang tentera untuk mengendalikan.

Bagaimanapun, Komander Gary Ross berkata, hanya dua atau tiga pesawat dirancang untuk penempatan Kunsan.

Pasukan yang mengendalikan dron itu dipertanggungjawabkan kepada Divisyen Infrantri ke-2 Briged Penerbangan Tentera.

Ia menambah perisikan, pengawasan dan keupayaan peninjauan kepada bahagian infantri tertentu, termasuk sekutu Korea Selatan,” kata Davis.

Sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat ditempatkan di Korea Selatan yang kini berhadapan dengan pelbagai ancaman dari Korea Utara.

Amerika Syarikat mempunyai 50,000 tentera di Jepun dan 28,000 di Korea Selatan. – MalaysiaGazette