AMLA MACC Senior Enforcer US$6.94 million MEIO Hasanah case item Eric Chang 4 years old boy murder

WASHINGTON – Hakim Persekutuan Hawaii telah menyekat larangan perjalanan baharu yang diperkenalkan Presiden Donald Trump, beberapa jam sebelum ia dijadualkan bermula pada tengah malam pada hari Khamis.

Keputusan oleh Hakim Daerah Derrick Watson tekah menghentikan Perintah Eksekutif itu daripada berkuatkuasa.

Hawaii adalah salah satu daripada beberapa negeri Amerika Syarikat cuba untuk menghentikan larangan itu.

Perintah Eksekutif itu dikuatkuasakan 90 hari itu daripada enam negara yang majoritinya negara Islam dan penggantungan 120 hari kepada pelarian.

Trump berkata, perintah itu bagi menghalang pengganas memasuki Amerika Syarikat.

Peguam di Hawaii berhujah bahawa larangan itu akan melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat dan diskriminasi terhadap rakyat negara asal mereka.

Negeri ini juga berkata, larangan itu akan menjejaskan pelancongan dan keupayaan untuk mengambil pelajar asing dan pekerja. – MalaysiaGazette