Pasukan anti-pengganas dikejarkan ke Sekolah Tinggi Tocqueville, di Grasse selepas seorang penuntut melepaskan tembakan. foto Reuters

PERANCIS – Tiga pelajar dan seorang guru cedera selepas seorang pelajar lelaki melepaskan tembakan di Sekolah Tinggi Tocqueville, di Grasse.

Kejadian berlaku selepas waktu makan tengah hari.

Pasukan komando anti-keganasan telah dihantar ke sekolah berkenaan sejurus selepas kejadian itu, kata Menteri Pendidikan Perancis, Najat Vallaud-Belkacem

Suspek, 17, yang didakwa obses dengan senjata api telah ditahan manakala senapang dan dua pistol serta dua bom tangan telah dirampas.

“Ia adalah tindakan gila oleh seorang pemuda yang tidak stabil dan begitu teruja dengan senjata api,” kata Vallaud-Belkacem yang memuji tindakan pengetua sekolah itu yang disifatkan sebagai hero.

Media tempatan melaporkan, pengetua sekolah, Nice Matin didakwa tenang ketika cuba memujuk suspek walaupun tangannya terkena tembakan.

Seorang pelajar mendakwa mendengar ada tembakan dan menyebabkan keadaan panik.

Seramai 10 pelajar diberi rawatan kerana terkejut dan mengalami kecederaan ringan ketika cuba lari daripada tembakan.

Tiada mangsa yang cedera parah. – MalaysiaGazette