Miroslav Gronych mengaku mabuk ketika berada dalam pesawat. foto Agensi

CALGARY – Seorang juruterbang yang ditemui dalam pengaruh dadah di kokpit mengaku salah telah menyebabkan gangguan penerbangan.

Miroslav Gronych ditemui terduduk di bawah tempat duduknya dengan lencana sayap juruterbang tidak berada pada kedudukan betul.

Had alkohol yang didapati dalam badannya melebihi tiga kali ganda.

Pesawatnya kemudian diterbangkan dari Calgary ke Cancun, Mexico dengan juruterbang ganti.

Ketika kejadian terdapat lebih daripada 100 orang penumpang.

Gronych, 37, boleh dikenakan satu tahun penjara.

“Saya tidak dapat gambarkan betapa malunya. Anak-anak akan menghukum ke atas kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Mahkamah diberitahu bahawa apabila Gronych, seorang warganegara Slovak, menaiki kapal terbang pada kira-kira 07:00 (14:00 GMT) pada malam Tahun Baru.

Dia kelihatan sukar untuk memakai kot dan perkataan yang ditutur tidak jelas.

Menurut kenyataan kepada mahkamah, pembantu juruterbang kemudian mencadangkan Gronych meninggalkan kapal terbang tetapi dia duduk di kerusi juruterbang dan kelihatan pengsan dengan mukanya mengadap tingkap.

Beliau juga satu jam lewat untuk daftar masuk dan mendakwa tersesat di laluan keselamatan.

Botol kosong vodka kemudiannya ditemui dalam bilik hotel Gronych.

“Gronych telah meletakkan nyawa 105 orang dalam risiko,” kata Pendakwa Raya sambil berharap lelaki itu tidak dibenarkan terbang lagi. – MalaysiaGazette