Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

KUALA LUMPUR – Seorang suspek kes tembak di setapak pada Julai tahun lalu akan didakwa di mahkamah Jalan Duta esok.

“Seorang suspek kes tembak di mana kejadian diviralkan yang berlaku di Setapak pada bulan Julai 2016 akan dituduh esok di mahkamah Jalan Duta,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa menerusi pesanan WhatsApp hari ini.

Lelaki itu telah ditangkap pada 16 Mac lalu.

Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai suspek yang berusia 32 tahun itu.

Dalam kejadian pada 27 Julai lalu, seorang lelaki maut ditembak dengan kira-kira 16 das tembakan dari jarak dekat berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota, Jalan Genting Klang, Setapak.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa seorang lelaki India berusia lingkungan 40-an mati ditembak ketika dia memberhentikan kereta Honda Accord di lampu isyarat tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Sing mengesahkan mangsa yang memandu kereta seorang diri diserang empat lelaki yang datang dengan dua motosikal.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian, mangsa diserang beberapa das tembakan pada tingkap di bahagian kanan dan kiri kereta.

Polis menerusi siasatan awal telah menemui 18 butir kelongsong peluru jenis 9 milimeter dan siasatan lanjut polis mendedahkan penyerang melepaskan 12 das tembakan pada cermin sebelah kiri dan 4 das tembakan pada cermin sebelah kanan dalam kejadian itu.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette