SAO PAULO – Brazil menjadi negara pertama yang layak ke kejohanan Piala Dunia 2018 selepas Uruguay tewas 1-2 di tangan Peru.

Pada perlawanan terdahulu, Brazil menumpaskan Paraguay 3-0 di Sao Paulo.

Bagaimanapun, kekalahan mengejut Uruquay di Lima itu dan keputusan-keputusan lain bermakna Brazil dijamin salah satu daripada slot automatik kumpulan Amerika Selatan ke Piala Dunia.

Sementara itu, pada sidang media pertama sebagai pemain Brazil dalam tempoh 240 hari, Neymar berkata, beliau percaya dia berada di puncak kariernya dan bermain dengan pasukan kebangsaan terbaik dunia.

Pemain berusia 25 tahun itu mengaku dia telah matang selepas dilanda beberapa siri kontroversi di dalam dan luar padang dan berjanji Brazil akan menjadi salah satu pasukan pilihan pada Piala Dunia di Rusia.