Isu berkaitan ibadat haji yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu telah menimbulkan banyak spekulasi dari orang ramai.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji telah meluluskan 20 buah syarikat pelancongan tempatan yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji bagi tahun ini.

Sehubungan itu, bakal-bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji pada tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji dinasihat untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh PJH sahaja.

“TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara/orang tengah/agen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.

“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH daripada Tabung Haji adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” kata Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini.

Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh didapati dari mana-mana Pejabat Cawangan TH atau dengan melayari laman sesawang (www.tabunghaji.com) atau seperti di bawah.

  1. TH Travels & Services Sdn. Bhd.
  2. Alif Travel & Tours Sdn. Bhd.
  3. Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
  4. Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd.
  5. Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.
  6. C. S. Holidays Sdn. Bhd.
  7. Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.
  8. Felda Travel Sdn. Bhd.
  9. Gemilang Travel and Tours Sdn. Bhd.
  10. Misbah Travel & Tours Sdn. Bhd.
  11. Masamas Travel & Tours Sdn. Bhd.
  12. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.
  13. Platinum Gesture Travel & Tours Sdn. Bhd.
  14. Rayhar Travels Sdn. Bhd.
  15. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn. Bhd.
  16. TM Tours & Travel Sdn. Bhd.
  17. Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd.
  18. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn. Bhd.
  19. Wira Saujana Travels & Tours Sdn. Bhd.
  20. Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan Tabung Haji, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) kami di 03-6207 1919. – MalaysiaGazette