Dua buah pulau, Pulau Tiran dan Sanafir, yang memberi kesan terhadap hubungan dua hala antara Mesir dan Arab Saudi.

KAHERAH – Mahkamah Mesir memutuskan keputusan untuk menghalang pemindahan hak milik dua buah pulau di Laut Merah kepada Arab Saudi adalah tidak sah, kata sumber perundangan.

Perkembangan terbaharu itu berpotensi mencetuskan tunjuk perasaan di Mesir.

Pada Januari lalu, mahkamah menolak rancangan kerajaan memindahkan milik dua buah pulau yang tidak didiami kepada Arab Saudi selepas persetujuan sempadan maritim diumumkan pada April lalu.

Persetujuan untuk menyerahkan kedaulatan pulau berkenaan kepada Arab Saudi dilakukan walaupun kebanyakan rakyat Mesir percaya pulau terbabit milik Mesir.

Keputusan Mahkamah Mesir terhadap perkara segera itu tertakluk kepada rayuan dan perjanjian muktamad perlu mendapat kelulusan parlimen.

Perkembangan terbaharu isu itu tercetus ketika hubungan dua hala dilihat kembali panas selepas tegang beberapa bulan lalu.

Pada minggu lalu, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menerima jemputan daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman untuk melawat negara itu pada bulan ini, langkah yang diambil pada penghujung keputusan menyambung semula bantuan penghantaran minyak ke Mesir selepas dihentikan kira-kira enam bulan lalu.

Sebelum ini, tuntutan pulau yang berterusan menjadi punca ketegangan hubungan antra Mesir dan Arab Saudi yang menyumbang telah bantuan bernilai berbilion dolar kepada Kaherah.

Peguam hak asasi manusia, Khaled Ali berkata, keputusan itu melangkau bidang kuasa mahkamah dalam perkara segera.

Beliau menyifatkan ia adalah cara parlimen mengambil perundangan ketika perbahasan mengenai perjanjian  telah ditolak oleh mahkamah lain.

“Keputusan pentadbir tertinggi mahkamah adalah muktamad dan pelaksanaan mereka tidak boleh dihalang atau dibatalkan kecuali oleh keputusan pentadbir mahkamah tinggi,” katanya dalam laman Facebook milik beliau.

Pegawai-pegawai Mesir dan Arab Saudi berbalah mengenai pulau terbabit dengan menyatakan pulau tersebut kepunyaan Arab Saudi dan hanya dikuasai Mesir kerana Riyadd meminta Kaherah melindunginya pada 1950.

Bagaimanapun para peguam menentang persetujuan tersebut dan berkata, kedaulatan Mesir ke atas pulau berkenaan berlaku sebelum itu menerusi perjanjian pada 1906, sebelum Arab Saudi ditubuhkan. – Reuters