Pekerja ladang, Mohd Bakir, 46 melakukan kerja memetik buah naga yang telah masak untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM8 hingga ke RM12 mengikut saiz buah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mukim Rasa, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2024.

Buah naga merupakan buah-buahan tropikal yang cukup popular di negara kita. Ia sering dikenali dengan kulit yang menyerupai ‘sisik naga’ dengan bentuk seakan kaktus besar.

Selain memakan dengan begitu sahaja, buah ini juga popular dijadikan jus. Buah yang padat dengan vitamin dan mineral penting seperti zat besi, vitamin B, vitamin C dan seratus buah-buahan dapat menjaga kecantikan kulit, mengurangkan risiko kanser, baik untuk kesihatan jantung dan lain-lain.

Ladang buah ini yang diusahakan sebesar 5 ekar tanah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan pekerjaan kepada penduduk setempat.

Dengan harga yang sangat berpatutan dari RM8 hingga RM12 menarik minat ramai pengunjung dari dalam mahupun luar bagi mendapatkan secara terus dan segar dari ladang. Ia boleh didapati di hadapan ladangnya sendiri di Mukim Rasa, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

 

Pekerja ladang, Mohd Bakir, 46 melakukan kerja memetik buah naga yang telah masak untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM8 hingga ke RM12 mengikut saiz buah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mukim Rasa, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2024.
Pekerja ladang, Mohd Bakir, 46 melakukan kerja memetik buah naga yang telah masak untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM8 hingga ke RM12 mengikut saiz buah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mukim Rasa, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2024.
Pekerja ladang, Mohd Bakir, 46 melakukan kerja memetik buah naga yang telah masak untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM8 hingga ke RM12 mengikut saiz buah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mukim Rasa, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2024.
Pekerja ladang, Mohd Bakir, 46 melakukan kerja mengasingkan buah naga mengikut saiz untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM8 hingga ke RM12 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mukim Rasa, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2024.
Buah naga yang telah masak akan dijual kepada orang ramai dengan harga serendah RM8 hingga RM12 mengikut saiz ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mukim Rasa, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2024.
Pekerja ladang, Mohd Bakir, 46 menjual buah naga kepada orang ramail dengan harga RM8 hingga ke RM12 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mukim Rasa, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2024.
Ladang buah naga seluas 5 ekar ini diusahakan oleh penduduk tempatan dan dijual dengan harga RM8 hingga RM12 mengikut saiz serta dibuka pada pukul 8 pagi hingga 6 petang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mukim Rasa, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2024.