KUALA LUMPUR – Sime Darby Bhd. (Sime Darby) melupuskan kesemua pegangannya di dalam anak syarikat milik penuh konglomerat tersebut, Tractors Malaysia Holdings Bhd. (TMHB), Selasa lalu selepas melaksanakan cadangan pencairan aset sukarela sejak Jun 2015.

Dalam kenyataannya di Bursa Malaysia, Sime Darby berkata, TMHB teelah mengadakan mesyuarat terakhir pada 28 Disember lalu.

“Pencairan kepentingan TMHB tidak mempunyai kesan kewangan ke atas pendapatan mahupun aset bersih Kumpulan Sime Darby pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2017,” katanya.-MalaysiaGazette