Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.
Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.

KUALA LUMPUR – Jepun dan ASEAN  tidak sabar untuk melihat rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dimuktamadkan tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ketua-ketua negara ASEAN dan menteri-menteri ekonominya berhasrat supaya rundingan ini boleh dimuktamadkan menjelang hujung tahun 2017.

“Dengan ini, Malaysia akan bekerjasama erat dengan Jepun dan negara-negara RCEP lain untuk memastikan mesyuarat peringkat menteri RCEP yang akan diadakan pada Mei ini di Hanoi dapat menghasilkan keputusan yang baik,” katanya kepada 80 wakil Persekutuan Perniagaan Jepun (Keindanren) semasa majlis makan tengahari di Tokyo, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MITI, Mustapa ketika ini berda di Jepun bersama sembilan menteri-menteri ekonomi Asean bagi jelajah AEM 2017 yang bermula semalam dan dijangka berakhir pada Sabtu ini.

RCEP adalah cadangan perjanjian perdagangan di antara 10 negara anggota Asean dengan enam negara lain seperti Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.- MalaysiaGazette