Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.
Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.

KUALA LUMPUR – Pas hari ini mengutuk serangan di dua buah gereja Koptik di Bandar Tanta dan Iskandariah, Mesir yang mengorbankan lebih 30 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, serangan tidak bertamadun itu perlu dihentikan segera bagi mengelakkan ketegangan antara Islam dan Kristian di negara itu.

“Pas mengecam tragedi letupan bom ini yang mensasarkan rumah ibadah agama Kristian dan orang awam yang tidak berdosa sebagai sasaran serangan.  

“Pas melihat tindakan ini sebagai gerakan terancang untuk mewujudkan ketegangan agama antara Islam dan Kristian di Mesir yang telah hidup bersama secara aman damai selama ribuan tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Parti itu turut berharap pihak yang bertanggungjawab merancang dan menyebabkan tragedi tersebut tampil dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Sehubungan itu, seluruh jemaah parti Pas turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi yang terlibat.

“Pas menggesa pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan seadilnya.

“Pas juga menggesa semua pihak untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak terutama sekali yang ada kaitan dengan Islam sebagai dalang tragedi ini sebelum bukti kukuh diperoleh,” tambah beliau.

Semalam, dunia dikejutkan dengan serangan yang dibuat terhadap pusat ibadah penganut Kristian di Koptik, di Bandar Tanta dan Iskandariah, Mesir yang mengorbankan puluhan nyawa penganut Kristian. – MalaysiaGazette