Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz menunaikan janjinya tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPMM) pada pemilihan kali ini.

Setelah penamaan calon ditutup, anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak ada mencalonkan dirinya.

Sebelum itu, Nik Abduh ada membuat kenyataan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan dalam DPMM.

Pemilihan Muktamar DPMM sesi 2017/2019 yang akan diadakan pada akhir bulan April ini sempena Muktamar Pas 2017.

Bagaimanapun nama Nik Abduh ada dalam pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Bagi jawatan Ketua DPMM baharu, ia ditandingi oleh anak Presiden Pas, Muhammad Khalil dan Timbalan Ketua DPMM, Khairil Nizam Khiruddin dan Naib Ketua DPMM, Ahmad Fadhil Shaari.

Khairil, Ahmad Fadhil dan Muhammad Khalil juga dicalonkan bagi jawatan Timbalan Ketua DPPM selain muka baharu anak kepada Datuk Taib Azamudden, Afnan Hamimi.

Satu lagi nama ialah Hishamuddin Abdul Karim.- MalaysiaGazette

Sementara itu, bagi pencalonanan jawatan Naib Ketua DPMM