Tingkap dan tayar bas yang membawa para pemain Borussia Dortmund pecah dalam kejadian letupan yang didakwa disasarkan kepada pasukan bola sepak tersebut. foto Agensi

DORTMUND – Tiga letupan berlaku dipercayai mensasarkan sebuah bas yang membawa pemain bola sepak Borussia Dortmund yang dalam perjalanan untuk perlawanan suku akhir Juara Liga menentang Monaco.

Dalam sidang akhbar, ketua polis Dortmund berkata, polis mengesyaki serangan itu disasarkan dalam pasukan tersebut.

Pemain Marc Bartra terpaksa menjalani pembedahan selepas tulang pergelangannya patah.

Tiada pemain lain yang cedera dalam kejadian itu.

Pendakwa raya negeri berkata, sepucuk surat ditemui ditempat kejadian dan sedang disiasat.

Kejadian itu menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda sehingga 18.45 (16:45 GMT) pada hari Rabu.

Polis berkata, terdapat tiga letupan di Hoechsten di luar bandar pada kira-kira 19.00 waktu tempatan.

Tanda-tanda yang pertama adalah “serangan dengan bahan letupan yang serius”, katanya.

Peminat bola sepak dengan kapasiti 80,000 di Signal Iduna Park diminta berada di situ sehingga keadaan disahkan selamat.

Pihak polis akan menempatkan sebanyak mungkin pasukannya untuk perlawanan semula esok.

Borussia Dortmund dalam kenyataannya berkata: “Sebaik sahaja meninggalkan hotel untuk ke stadium, insiden berlaku. Bas mengalami kerosakan di dua tempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watke berkata, semua pemain terkejut dengan insiden tersebut. – MalaysiaGazette