Air sudah mula naik akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Cook di Auckland, New Zealand. foto Agensi

NEW ZEALAND – Hujan lebat mula melanda kepulauan utara negara ini ekoran Taufan Cook – yang disebut sebagai ribut paling teruk dalam generasinya.

Kebanyakan penduduk di sepanjang pantai ini dekat Bay of Plenty telah dipindahkan.

Taufan itu dijangka berlaku dari pukul 7 malam waktu tempatan dengan amaran ombak besar, ribut dan tanah runtuh.

Ia kemudian dijangka bergerak ke kepulauan selatan pada awal Jumaat.

Ribut itu dijangka membawa hujan lebat dan angin selaju sehingga 150 kilometer sejam – telah diklasifikasikan sebagai taufan tropika tambahan.

Bahagian Pulau Utara New Zealand kini di bawah keadaan darurat dengan kejadian tanah runtuh, jalan raya tutup di Coromandel.

Penduduk di Bay of Plenty yang dilanda banjir minggu lalu disebabkan oleh Taufan Debbie dijangka menerima 300 milimeter hujan, yang bermakana banjir sekali lagi.

Kebanyakan pekerja di Auckland juga telah bergegas pulang menyebabkan jalan raya mengalami kesesakan teruk.

Sekolah dan perniagaan di seberang kepulauan itu ditutup awal.

Tentera New Zealand dan agensi kecemasan kini dalam keadaan bersedia.

Penerbangan juga ada yang dibatal serta ditangguhkan manakala Air New Zealand telah menggantung operasi dari Lapangan Terbang Tauranga di Kepulauan Utara. – MalaysiaGazette