Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.
Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengambil keputusan untuk memaafkan keterlanjuran akhbar Nanyang Siang Pau dengan penerbitan karikatur yang menghinanya sebagai monyet.

Abdul Hadi berbuat demikian selepas pihaknya menerima satu surat permohonan maaf daripada pihak ketua pengarang akhbar berkenaan pada 12 April lalu dan maklumat permohonan maaf secara terbuka yang dicetak di akhbar berkenaan.

“Saya dengan ini mengajak umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur berkenaan agar dapat bersama saya untuk memaafkan pihak akhbar berkenaan, dengan harapan agar ianya tidak berulang lagi di masa depan.

“Saya merasakan bahawa kesilapan penerbitan ini berlaku adalah akibat dari keterlanjuran dan kejahilan dalam mereka memahami batasan sensitiviti agama yang sangat halus garisnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 8 April lalu, akhbar Cina itu menerbitkan karikatur memaparkan Abdul Hadi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Karikatur yang bertajuk ‘Akta Monyet’ yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada 6 April lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi juga berkata, tindakan memaafkan diharapkan dapat menyuburkan keharmonian dan sifat saling memahami dalam masyarakat di negara ini.

Katanya lagi, masyarakat bukan Islam dilihat sering kali tidak dapat membezakan antara kebebasan berekspresi dengan sensitiviti masyarakat Islam.

“Masyarakat Islam sememangnya meletakkan agama sebagai satu urusan kehidupan yang terlalu mulia adalah kadang kala sukar dibezakan oleh kalangan tertentu dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, keturunan, bangsa, pendidikan, dan sebagainya,” katanya lagi.- MalaysiaGazette