Jamal Md Yuno
Jamal Md Yunos. foto IQBAL BASRI, 18 APRIL 2017.

PUTRAJAYA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Adam Rosly Abdullah didakwa dipinggirkan pimpinan tertinggi PKR dalam kes siasatan kekayaan luar biasanya kerana beliau dipercayai ‘tidak mesra’ DAP.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, tindakan itu menunjukkan sikap sebenar parti pembangkang tersebut yang memperkudakan pengikut mereka jika disabitkan kesalahan.

“Apabila mereka disabitkan kesalahan, dia akan lepas tangan. Saya ingin memuji DAP, apabila kena saja (kes) ramai peguam bantu dia.

“Kerana mungkin Adam Rosly ini tidak mesra DAP, jadi DAP pun tidak membantu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.

Semalam, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR menafikan beliau pernah melantik Adam Rosly sebagai pegawai khas kepadanya.

Zuraida berkata, Adam Rosly yang ditahan SPRM pada minggu lalu tidak pernah menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – MalaysiaGazette