KUALA LUMPUR – Siapa yang mengikuti laman sosial Instgram milik Datuk Siti Nurhaliza pasti perasan penyanyi nombor satu negara itu Siti sering berbasikal bersama suami tercinta.

Turut sama melakukan aktiviti riadah itu adalah anak-anak mereka dan rakan-rakan.

Yang pasti, Siti pasti bersemangat untuk berbasikal selepas ini dihadiahkan sarung tangan basikal.

Nak tahu siapa yang hadiah? Tak lain tak bukan Azizulhasni Awang yang merupakan atlit negara untuk sukan lumba basikal dan baru bergelar juara dunia acara keirin du Hong Kong.

Azizul yang digelar The Pocket Rocketman di akaun instagram miliknya semalam telah berkongsi gambarnya bersama penyanyi kesayangan ramai itu.

Pada kapsyen gambar itu pula tertulis bahawa dia berasa sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan Siti dan Azizul membuat kejutan dengan memberikan sarung tangannya kepada Siti.

Azizul juga menyatakan bahawa mereka di dalam perancangan untuk mengadakan aktiviti berbasikal bersama peminat tidak lama lagi.

Tertulis lagi di kapsyennya itu dia berharap agar Siti dan suami dapat memberi inspirasi kepada negara untuk mengamalkan hidup sihat. – MalaysiaGazette

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.661795.1492502198!/image/image.JPG