SYRIA – Biasanya sukar bagi jurugambar untuk ‘melepaskan’ kamera terutama ketika bertugas merakamkan suasana seperti peperangan dan bencana alam.

Namun dalam perang di Syria emosi dan kemanusiaan mendorong jurugambar dan wartawan tempatan, Abd. Alkader Habak bertindak disebaliknya.

Dalam kejadian minggu lepas apabila konvoi bas yang membawa penduduk negara berkenaan terutama kanak-kanak telah dibom sehingga menyebabkan seramai 126 orang mati.

Ketika bertugas, Abd. Alkader terkejut dan tersentuh jiwa melihat apa yang berlaku dan cuba menyelamatkan mereka yang tercedera.

“Kejadian itu menakutkan terutama melihat kanak-kanak terseksa dan mati didepan mata.

“Jadi saya dan rakan bertekad letak kamera dan membantu mangsa-mangsa yang cedera,” katanya kepada CNN.

Mangsa kanak-kanak pertama dibantunya sudah mati dan dia berlari mencari mangsa lain dan terdengar suara orang memberitahu kanak-kanak itu juga sudah mati.

Bagaimanapun Habak mendapati kanak-kanak berkenaan masih hidup dan masih mendengarnya bernafas.

Habak mengangkatnya dan belari membawa mangsa ke kawasan yang ada ambulans dan paramedik.

“Budak itu memegang kuat tangan saya dan merenung saya,” katanya dan imej itu sempat dirakam rakan jurugambarnya, Muhammad Alrageb.

Habak memberitahu, kanak-kanak yang diselamatkannya itu berusia dalam lingkungan enam atau tujuh tahun dan ditinggalkan di dalam ambulans dan tidak mengetahui sama ada mangsa itu dapat diselamatkan atau tidak.

Selepas itu, Habak kembali berlari ke tempat kejadian dan menjumpai seorang lagi mangsa kanak-kanak berguling atas tanah dan mendapatinya sudah mati.

Habak benar-benar sedih melihatnya dan meratapi apa yang berlaku sehingga hampir pengsan disebelah mangsa.

170417142851-graphic-syria-photojournalist-restricted-super-169

“Saya tak dapat menahan emosi. Apa yang saya dan rakan telah menyaksikan perkara yang tidak dashyat sehingga tak mampu digambarkan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette