Saturday, September 5, 2026
Home Sukan Terengganu beri ganjaran RM200,000 kepada Azizulhasni

Terengganu beri ganjaran RM200,000 kepada Azizulhasni

Mohd Azizulhasni Awang

KUALA TERENGGANU – Juara Kierin Dunia, Azizulhasni Awang mendapat penghargaan daripada Kerajaan Terengganu apabila diberi ganjaran sebanyak RM200,000 kerana membawa kebanggaan kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, daripada jumlah ganjaran yang bakal diberikan, sebanyak RM100,000 dalam bentuk tunai manakala RM100,000 lagi dalam bentuk penajaan latihan.

Menurut beliau, kejayaan anak kelahiran Dungun itu adalah sangat luar biasa dalam arena sukan berbasikal yang turut memberi rangsangan yang bermakna bagi rakyat untuk bersama mencipta ‘cerita kejayaan’.

Beliau mengumumkan demikian dalam majlis sambutan bagi meraikan kejayaan Azizulhasni, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Azizulhasni mencatat sejarah peribadi, juga bagi negeri dan negara setelah muncul sebagai atlet Malaysia pertama merangkul kejuaraaan dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast