Gessica Notaro

ITALI – Ratu cantik Itali yang disimbah asid oleh bekas teman lelakinya akhirnya mendedahkan wajahnya buat pertama kali dalam satu program televisyen semalam.

Gessica Notaro, 27, finalis Ratu Cantik Itali pada tahun 2007 muncul pada satu rancangan bual bicara di negara itu.

“Saya mahu dia lihat apa yang dia telah lakukan. Ini bukan cinta,” katanya selepas membuka skarf yang menutupi wajahnya.

Wajah Gessica mengalami kecederaan teruk akibat serangan pada 10 Januari lalu dan dia telah melakukan pembedahan bagi menyelamatkan mata kirinya.-MalaysiaGazette