NEW YORK – Seorang marshal udara persekutuan yang dalam penerbangan New York dilaporkan tertinggal senjata yang dipenuhi peluru di dalam tandas kabin.

Senjata itu telah ditemui oleh penumpang pesawat.

Marshal tersebut dalam pesawat Delta dari Manchester, United Kingdom ke Lapangan Terbang John F Kennedy

Penumpang yang menemui senjata itu telah menyerahkan ia kepada anak kapal sebelum dipulangkan kepada pegawai tersebut.

Bagaimanapun, marshal itu gagal melaporkan kejadian yang berlaku kepada penyelia sehingga beberapa hari selepas itu, menurut New York Times.

Marshal berkenaan dilaporkan sekali lagi cuai ketika dalam penerbangan lain beberapa kemudian.

Sumber udara marshal memberitahu CNN, marshal itu baharu sahaja memulakan tugas baru-baru ini dan sepatutnya digantung tugas ekoran kejadian tersebut.

Seorang bekas marshal berkata, kejadian itu berlaku kerana marshal tidak diberikan latihan yang baik. – MalaysiaGazette