SINGAPURA – Nauraj Singh Randhawa memecahkan rekod kebangsaan bagi acara lompat tinggi dengan rekod ketinggian 2.30 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura di sini hari ini.

Atlet dari Johor itu memadamkan rekodnya sendiri iaitu 2.29 meter yang sebelum ini dicatatkan pada kejohanan sama pada April tahun lalu.

Kejayaannya ini juga membolehkannya layak untuk kali pertama menyertai Kejohanan Olahraga Dunia yang akan diadakan di Stadium Queen Elizabeth Olympic Park, London dari 4 hingga 13 Ogos ini.

Kelayakan yang ditetapkan ke Kejohanan Olahraga Dunia adalah 2.30 meter.

Nauraj sebelum ini turut beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun lalu. – MalaysiaGazette