Home Ekonomi Bezza masuki pasaran Mauritius

Bezza masuki pasaran Mauritius

Perodua Bezza

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melancarkan Perodua Bezza di Mauritius.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, pelancaran kereta Malaysia di Mauritius yang berstatus sebagai destinasi pelancongan antarabangsa popular menawarkan platform terbaik untuk memperkenalkan Bezza kepada dunia.

Pasaran Bezza di Mauritius dibuat melalui pengedarnya, Raouf Dusmohamud & Co Ltd.

Perodua berkata, Raouf Dusmohamud & Co akan mengedarkan pelbagai varian Bezza termasuk 1.0L dan 1.3L Premium X transmisi automatik dan transmisi manual kereta.

Di Mauritius, Bezza 1.0L transmisi manual dijual pada harga 562.884 Rupee Mauritius (RM70,405.35) manakala transmisi automatik1.01L 589.268 Rupee Mauritius (RM 73,705.45).

Bagi Premium X transmisi manual 1.3L dijual pada harga 657.699 Rupee Mauritius (RM 82,264.78) manakala transmisi automatik 1.3L sebanyak 684.990 Rupee Mauritius (RM 85,678.33). – MalaysiaGazette