Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK Izad Zainal Muhammad Safian berkata orang ramai sama ada pengguna Android atau iPhone boleh memuat turun aplikasi itu secara percuma.

KUANTAN – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memperkenalkan aplikasi iKepoh yang membolehkan pengguna membuat aduan menggunakan telefon pintar tanpa perlu hadir ke kaunter.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK Izad Zainal Muhammad Safian berkata orang ramai sama ada pengguna Android atau iPhone boleh memuat turun aplikasi itu secara percuma.

“Bukan hanya membuat aduan, mereka juga boleh menyemak perkembangan aduan mereka, sama ada telah diambil tindakan atau sebagainya. Aplikasi ini juga membolehkan setiap aduan itu dipantau dengan efisien.

“Penyediaan aplikasi ini menyediakan saluran aduan yang mesra pengguna dan pengurusan aduan yang lebih berkesan melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Izad Zainal menambah aplikasi itu dibangunkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, inisiatif kementerian menyediakan perkhidmatan terbaik.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast