Korea Utara menuduh Amerika Syarikat menjalankan latihan "pengeboman nuklear" selepas menggerakkan pengebom supersonik dari Guam. ROK Air Force / UPI

BEIJING – China menggesa semua pihak di Korea bertenang dan berhenti melakukan perbuatan menjengkelkan antara satu sama lain – sehari selepas Korea Utara berkata, Amerika Syarikat telah mendorong rantau itu ke arah perang nuklear.

Amerika Syarikat telah menggesa China untuk melakukan lebih banyak usaha bagi mengekang program nuklear dan peluru berpandu oleh Korea Utara.

Amerika Syarikat telah menghantar kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear ke perairan Korea dan sepasang pengebom strategik Amerika Syarikat untuk latihan dengan tentera udara Korea Selatan dan Jepun.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang, ditanya mengenai latihan penerbangan latihan pengebom dan tindak balas Korea Utara berkata, keadaan adalah “sangat kompleks” dan sensitif.

Tugas segera adalah untuk meredakan bahang dan meneruskan perbincangan, katanya kepada pemberita.

“Kami sekali lagi menggesa semua pihak kekal bertenang dan menahan diri, berhenti menjengkelkan satu sama lain, bekerja keras untuk mewujudkan suasana aman dan dialog antara semua pihak supaya keadaan dapat diperbetulkan secepat mungkin,” katanya. – MalaysiaGazette