Polis forensik sedang menyiasat lokasi letupan bom yang berlaku berhampiran Pejabat Pos di Rome Jumaat. Foto: AFP/Getty Images

ROM –  Satu kejadian letupan dilaporkan berlaku hari ini berhampiran Pejabat Pos dan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di pusat bandar di Itali itu lapor media tempatan.

Laporan itu bagaimanapun mengesahkan tiada sebarang insiden kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini susulan kejadian itu.

Letupan itu disyaki melibatkan ‘bungkusan bom’ berlaku di pintu masuk sisi ke pejabat pos berkenaan.

Polis dan anggota bomba dan penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas insiden itu berlaku.

Pasukan polis forensik menyiasat lokasi bom yang diletakkan diantara dua kereta di tempat parkir berhampiran Pejabat Pos di Via Marmorata, pada May 12, 2017 in Rome. / AFP PHOTO /Getty Images
Pasukan polis forensik menyiasat lokasi bom yang diletakkan diantara dua kereta di tempat parkir berhampiran Pejabat Pos di Via Marmorata, pada May 12, 2017 in Rome. / AFP PHOTO /Getty Images

“Maklumat awal menunjukkan sebuah kereta rosak teruk ekoran letupan itu,” kata akhbar La Repubblica dalam laman web rasminya.

Maklumat perkhidmatan Luceverde yang dikendalikan Kelab Otomobil Itali dengan kerjasama polis bandar Rom menyebut di Twitter bahawa pemeriksaan dan siasatan rapi dilakukan berdekatan tempat kejadian iaitu pejabat pos itu.

Pegawai bomba yang bertugas di tempat kejadian, Franco Zelinotti, bom itu diletakkan dalam satu kotak plastik.

Laporan awal media Itali juga mendakwa letupan itu berkemungkinan besar disebabkan oleh bom ‘surat’ (letter bom). – MalaysiaGazette