Pelakon, Asyraf Muslim (tengah) bersama isteri-isterinya di kapet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017

PUTRAJAYA – Kemunculan pelakon Ashraf Muslim mencuri tumpuan tetamu pada Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-30 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Ashraf, 36, buat pertama hadir bersama dua isterinya ke malam ABPBH 3.0.

Ashraf mesra diapit kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi ketika melintasi karpet merah dan juga ketika duduk di dalam dewan.

Bintang drama Biar Aku Jadi Penunggu dan dua isteri itu turut menjadi perhatian jurukamera yang sering mengambil syot mereka ketika program berhenti seketika iklan yang menimbul jeritan tetamu.

Noor Dayana dan Wan Sakinah menjadi contoh terbaik hidup bermadu apabila kelihatan mesra dan sering berbual antara sama lain.

Mereka menemani Ashraf bagi memberi sokongan kepadanya selepas lapan tahun tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori pada anugerah prestij itu. Ashraf dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Popular ABPBH 3.0.

Ashraf bersaing dengan empat calon lain iaitu Fattah Amin, Syafiq Kyle, Syukri Yahaya dan Aiman Hakim Ridza. – MalaysiaGazette