KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) tiga individu.

Ketiga-tiga individu berkenaan adalah Norhashmilaidi Hashim, Ngan Piang Heng @ Ngam Siong Fook dan Abd Malik bin Abu Bakar (Malik).

CMSRL mereka telah dibatalkan di bawah Seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuatkuasa pada 27 Mac bagi Norhashmilaidi dan Ngan dan Malik pada 18 April lalu.

Norhashmilaidi, Ngan dan Malik sebelum ini masing-masing berkhidmat dengan Affin Hwang Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad dan Malacca Securities Sdn Bhd.

CMSRL ketiga-tiga individu telah dibatalkan kerana mereka didapati bankrap yang belum dilepaskan.

Norhashmilaidi, Ngan dan Malik tidak menfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah CMSA. – MalaysiaGazette