Dua anggota polis dari Melaka ketika dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan perintah reman berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2017.

PUTRAYA – Tahanan reman sembilan individu, termasuk dua ketua polis daerah yang disiasat berhubung kes rasuah dan mengutip wang daripada rumah urut dan pengusaha judi haram di sekitar Melaka dilanjutkan lima hari lagi.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman yang membenarkan reman sehingga 27 Mei ini.

Mereka yang terlibat termasuk empat pegawai polis, masing-masing dua berpangkat asisten supritendan dan dua inspektor.

Penangkapan mereka adalah hasil maklumat orang ramai berhubung paksaan oleh beberapa pegawai polis untuk membayar wang rasuah.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaGazette