Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bergambar kenangan bersama penerima sijil penghargaan anggota yang paling banyak menderma darah, Koperal Nur Izhar (kiri), Sub Inspektor, Khoo Khai Keat (dua kiri), Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah (tengah) dan Inspektor Muhammad Nizan Mohamad Nor (dua kanan) selepas selesai Majlis Perasmian Program Derma Darah sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-210 di Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 24 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan rombakan besar-besaran pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka berikutan skandal rasuah dan salah guna kuasa pegawai dan anggotanya baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, fasa pertama rombakan itu melibatkan sekitar 15 pertukaran pelbagai jawatan berkuatkuasa serta-merta.

“Rombakan yang kita lakukan ini merupakan fasa pertama dan akan ada fasa kedua melibatkan lebih ramai lagi pegawai dan anggota di kontinjen itu dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Bukit Aman di sini.

Tambah Khalid, tindakan tegas itu adalah berikutan tindakan peringkat dalaman PDRM untuk mencegah isu penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai dan kakitangan polis.

Khalid sebagai menolak dakwaan anggota polis dipaksa terlibat dalam kegiatan berkenaan ekoran desakan pegawai tinggi mereka dan berpendapat, ia tidak sepatutnya menjadi alasan.

“Itu satu budaya, kita kontinjen membuat kunjungan makan tak dijurus kepada mewah-mewah, biar kita kaji perkara ini.

“Kami terima tindakan SPRM sebagai positif dan akan memperbetulkan keadaan dalam erti kata lain tidak akan membiarkan salah laku berlaku lagi,” katanya.

Katanya Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard PDRM juga menyiasat pegawai yang tidak menjalanka tugas dengan betul.

“Pertukaran pegawai di Melaka sudah dibuat dan saya sendiri akan melawat Melaka jumpa pegawai-pegawai polis di sana dan melihat keadaan disana.

“Kita juhga membuka ruang seluas-luasnya kepada orang awam untuk berani tampil melaporkan kepada kami sekiranya mendapati anggota atau pegawai kami jika dibuli dan salah laku.

“Mereka boleh datang sendiri bersemuka melaporkan salah laku dan boleh merahsiakan identiti demi keselamatan atau menerusi internet dan WhatsApp dan sebagainya,” tegasnya lagi.

Ditanya mengenai penahanan 21 orang pegawai polis bahagian narkotik yang didakwa bersubahat melindungi pengedar dadah, Khalid berkata, kesemua mereka sudah ditahan dalam lokap.

“Mereka bukan sahaja sekadar disiasat tetapi dicekup dan diletakkan dalam lokap ketika ini untuk tindakan sejawarnya.

“Setakat ini belum ada sebarang penangkapan baharu atau kes baharu melibatkan polis dalam perkara berkaitan,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette